Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pekerja Bangladesh Maut Di...

KUALA LUMPUR - seorang pekerja Bangladesh maut dalam kemalangan di tapak pembinaan bawah...

Tapak Hotel PQPTRW: Vida...

PETALING JAYA - Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman terpaksa mempertimbangkan...

PRK Sg. Kandis: Kesan...

SHAH ALAM - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang masih...

Britain Bekal Peluru Berpandu...

LONDON: Britain memaklumkan akan membekalkan peluru berpandu pertahanan udara kepada Ukraine susulan serangan...

Bakteria Jadi ‘Zombi’ Elak Dibunuh Antibiotik

AMSTERDAM – Satu kajian baharu menunjukkan sesetengah bakteria mampu bertukar menjadi ‘zombi’ untuk terus hidup dalam keadaan ekstrem termasuk mengelak daripada dibunuh oleh ubat antibiotik.

Kajian tersebut dilakukan untuk mengenal pasti strategi survival organisma sel tunggal bagi membantu menjelaskan kenapa sesetengah jangkitan kuman berulang selepas pesakit selesai menerima rawatan.

“Pada kebiasaannya, bakteria Bacillus subtilis berbentuk panjang tetapi ia kemudian mengecut sehingga ia menjadi seperti sfera,” kata Profesor Leendert Hamoen dari Institut Sains Kehidupan Swammerdam di Universiti Amsterdam baru-baru ini.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communication itu menyiasat strategi survival bakteria Bacillus subtilis yang dilihat berubah daripada bentuk semula jadi panjang menjadi sfera dalam keadaan ‘zombi’.

Pada tahap ‘zombi’, bakteria itu bukannya mati ataupun dorman sebaliknya aktiviti dalaman selnya direndahkan jauh lebih perlahan daripada biasa tetapi ia masih mampu membiak. – Agensi

Kategori