Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SIA Didenda RM354 Juta...

BRUSSELS - Tidak sampai sebulan didenda Penguasa Penerbangan Awam Britain (CAA) kerana banyak...

TM Rugi RM233,800 Akibat...

MELAKA - Telekom Malaysia Berhad (TM) mengalami kerugian sebanyak RM233,800 akibat kecurian kabel...

Nelayan Lemas, Rakan Masih...

PONTIAN: Seorang nelayan ditemukan mati lemas manakala rakannya masih hilang ketika turun ke...

Pokemon Go: ‘Ustaz Segera’...

MELAKA - Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan...

Bangladesh Tak Mampu Lagi Terima Pelarian Rohingya

BANGLADESH memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam ia tidak mampu lagi menerima pelarian dari Myanmar, 18 bulan selepas lebih 700,000 etnik Islam Rohingya mula menyeberang sempadan untuk melarikan diri daripada keganasan tentera.

Serangan ke atas pos keselamatan oleh pejuang Rohingya di Rakhine mencetuskan keganasan yang digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Britain dan pihak lain sebagai pembersihan etnik.

Myanmar menafikan tuduhan itu.

“Saya kesal untuk memaklumkan majlis bahawa Bangladesh tidak mampu lagi menerima lebih ramai pelarian dari Myanmar,” kata Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque.

Beliau menuduh Myanmar membuat janji kosong dan pelbagai halangan wujud ketika rundingan mengenai kepulangan pelarian.

“Tiada seorang pun Rohingya yang mahu kembali secara sukarela ke Rakhine disebabkan keadaan di negeri itu,” kata Haque.

Myanmar berkata, ia sedia menerima pelarian yang pulang sejak Januari, tetapi PBB berkata keadaan masih belum baik untuk tujuan itu.


Pelarian Rohingya berkata, mereka mahukan jaminan berhubung keselamatan dan diiktiraf sebagai warga negara sebelum pulang.

Kuasa Barat di majlis itu semalam mengecam Myanmar yang kurang bertindak.

“Kami amat kecewa kerana tiada kemajuan dalam usaha mengambil semula pelarian dan secara jelas termasuk mewujudkan keadaan yang membuatkan pelarian berasa boleh balik semula,” kata Duta Britain ke PBB, Karen Pierce. — Reuters

Kategori