Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

MOA, KPDNHEP Cari Mekanisme...

SINTOK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mencari satu mekanisme...

Rakan Bantu Nas-T Cari...

PETALING JAYA - Pelakon dan bekas peserta program Fear Factor Selebriti Malaysia musim...

PRN Johor: MetMalaysia Nasihat...

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi bagi Pilihan Raya Negeri...

Bapa Tuntut Keadilan Terhadap Kematian Adib

SHAH ALAM – Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Koroner selepas bapa anggota bomba, Mohd. Kassim Abd. Hamid meminta keadilan sewajarnya terhadap kematian yang menimpa anaknya, Muhammad Adib dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield dekat Subang Jaya, 27 November lalu.

Mohd. Kassim, 64, yang menjadi saksi ke-23 pada prosiding hari ke-15 hari ini membuat permintaan itu selepas Koroner Rofiah Mohamad bertanyakan ada apa lagi yang ingin diperkatakan sebelum prosiding berakhir.

“Saya minta pihak berwajib mengadili kematian anak saya betul-betul,” katanya dalam nada sugul.

Terdahulu, semasa sesi soal jawab melibatkan Mohd. Kassim dengan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah, bapa anggota malang itu turut membuat permintaan sama.

Kata Mohd. Kassim, anaknya meninggal dunia dalam rusuhan dan meminta sesiapa yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan kerana menyebabkan kematian anaknya.


“Saya mahu sesiapa yang terlibat dan rancang rusuhan ini diambil tindakan,” ujarnya.

Mohd. Kassim turut memberitahu, mereka sekeluarga begitu terkesan dengan kehilangan Allahyarham kerana tiada kegembiraan, bantuan dan banyak lagi kebaikan yang dibuatnya kepada keluarga. – K! ONLINE

Kategori