Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gedung Fesyen H&M Rosak...

PADAH... Gedung fesyen H&M di Johannesburg, Afrika Selatan telah diserang sebagai tindak balas...

KUIS Buka Peluang Sambung...

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) kini membuka peluang kepada pelajar...

Mangsa Lemas Di Perlis...

KANGAR - Tiga mayat sekeluarga membabitkan bapa, ibu dan seorang anak perempuan yang...

Perkembangan Positif Kecederaan Jin...

KUALA LUMPUR - Perkhabaran positif mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain peseorangan wanita negara, Goh Jin Wei sedikit...

Bazar Ramadan Lorong TAR Dipindah Ke Jalan Raja

KUALA LUMPUR – Bazar ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya akan ditempatkan ke lokasi baharu iaitu di Jalan Raja hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi bazar ramadan itu bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja sehingga lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar yang merangkumi sepanjang 0.2 kilometer dan selebar 12 meter.

“Jalan Raja tidak akan ditutup dan kenderaan awam masih boleh melaluinya sepanjang bazar beroperasi. Bagi kawalan keselamatan anggota penguat kuasa dan polis juga akan ditempatkan di lokasi selain beberapa kemudahan seperti tandas bergerak turut disediakan.

“Bagaimanapun, bazar ini hanya melibatkan perniagaan pakaian, perhiasan, aksesori diri dan makanan kering berbungkus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Cadangan pemindahan Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahmah (TAR) masih lagi dalam peringkat kajian dan akan diumumkan nanti.

Nor Hisham berkata, buat masa ini tiada sebarang pemindahan yang melibatkan peniaga pasar malam berkenaan.


“Kami akan mengadakan perbincangan bersama persatuan penjaja berhubung perkara tersebut sebelum kata putus diambil.

“Selain itu, kiosk-kiosk yang dicadangkan untuk dibina di sepanjang Jalan TAR sedang dikaji. Pembinaannya adalah bertujuan untuk menyusun semula peniaga sedia ada yang terdapat di sekitar kawasan itu,” katanya.

Kategori