Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

DBKL Usir, Sita 15...

KUALA LUMPUR: Sejumlah 15 penjaja haram warga asing diusir dan dikenakan tindakan sita...

MCA N.Sembilan Sudah Siapkan...

PORT DICKSON - MCA Negeri Sembilan telah menyiapkan senarai calonnya untuk bertanding pada...

Penuntut IPT Dihukum Dua...

KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi dikenakan hukuman denda RM2,300 atau...

Remaja 14 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia selepas...

Bekas Pengurus Goldman Diharam Industri Perbankan

WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), semalam berkata pihaknya menyetujui 2 bekas ahli perbankan Goldman Sachs Inc. berperanan dalam skandal pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.

Tim Leissner dan Roger Ng diharamkan daripada industri perbankan kerana penglibatannya dalam “skim yang tidak sah dengan mengalihkan berbilion dolar daripada dana pelaburan Malaysia,” kata Fed.

Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, tidak mengakui atau menafikan pertuduhan tersebut, tetapi bersetuju dengan denda AS$1.42 juta, mengikut perintah yang dikeluarkan oleh Fed.

Peguam untuk Leissner enggan mengulas berhubung isu itu.

Peguam untuk Ng tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Ng akan meminta pendengaran mengenai pengharamannya, kata Fed.

Pendakwa raya AS tahun lalu mengenakan tuduhan mencuri berbilion ringgit dari 1MDB terhadap 2 bekas pegawai bank Goldman. Leissner mengaku bersalah terhadap konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

“Berdasarkan tuduhan Jabatan Kehakiman, perkembangan ini tidak mengejutkan,” kata jurucakap Goldman Sachs, Michael Duvally dalam kenyataan melalui e-mail mengenai tindakan Fed terhadap bekas pegawai bank itu.


Goldman Sachs secara konsisten menafikan salah laku dan berkata beberapa bekas pemimpin kerajaan dan 1MDB berbohong mengenai hasil jualan bon.

Pada Januari, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs David Solomon meminta maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan Leissner dalam skandal 1MDB, tetapi berkata bank itu menjalankan usaha wajar sebelum setiap transaksi dibuat.

Ng ditahan di Kuala Lumpur sejak 1 November.

Pada Februari, mahkamah memutuskan supaya dia diekstradisi ke AS, tetapi perlu menyelesaikan kesnya di Malaysia terlebih dahulu. – Reuters

Kategori