Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TMJ Kata Tiada Masalah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan baginda...

Pekerja Pantai Akui, Pernah...

SEORANG pekerja pantai di Pulau Reunion mengakui, dia ada membakar beberapa 'sampah' yang...

Kerajaan Sedang Kaji Mekanisme...

SEPANG – Kerajaan sedang mengkaji mekanisme terbaik sebelum levi pelepasan bagi semua penumpang...

KPM, PDRM Kerjasama Rapat...

TANJUNG MALIM : Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberi jaminan kementeriannya bekerjasama...

Belum Ada Rancangan Beli Pesawat China – Mahathir

SERDANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini kerajaan tiada rancangan untuk membeli pesawat daripada China.

“Itu hanya cadangan, kami belum lagi buat apa-apa keputusan,” jelas Perdana Menteri ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan beliau semalam, berhubung Malaysia mungkin bertindak balas dengan membeli pesawat pejuang daripada China sekiranya Kesatuan Eropah (EU) terus dengan pendirian diskriminasi terhadap minyak sawit negara.

Malah kata Mahathir, Malaysia mungkin langsung tidak membuat sebarang pembelian pesawat.
Ditanya jika ada produk tertentu daripada China yang sedang ditimbang, Mahathir berkata: “Ada banyak produk yang boleh kita beli.”

Terdahulu, Mahathir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik di antara Medicara Assistance Sdn. Bhd. dan Pos Malaysia Berhad bagi mempromosikan Program Takaful Penjawat Awam CuepacsCare dan CuepacsPA kepada penjawat awam di sini hari ini.

Kategori