Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Modal Kempen Calon BN...

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmah Mughni menyifatkan modal kempen Datuk...

Laluan Jadi Pemanah Tradisional...

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah...

Video: Pemilik Kedai OKU...

VIDEO ini memaparkan detik cemas yang dihadapi oleh seorang pemilik kedai di India...

23 Doktor Perlu Duduki...

PUTRAJAYA - Sebanyak 23 doktor yang tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu pada...

Bilik Bawah Tanah 200 Tahun Ditemui Di Kanada

HALIFAX – Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah bilik bawah tanah berusia 200 tahun di bawah sebuah bangunan pentadbiran kerajaan Kanada di sini baru-baru ini.

Bilik batu bawah tanah itu ditemui ketika musim panas lalu semasa kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan di bahagian laman bangunan Legislatif Nova Scotia.

Ahli ekskavasi tidak berjaya masuk ke dalam bilik itu namun, menggunakan kamera kawalan jauh bagi mendapatkan pandangan dari dalam bilik tersebut yang dipercayai digunakan untuk tujuan ketenteraan, menurut akhbar Daily Mail yang memetik laporan Perbadanan Penyiaran Kanada.

“Bilik tersebut belum diterokai sepenuhnya walaupun pembinaan dan saiznya menunjukkan ia mungkin berfungsi sebagai stor simpanan serbuk letupan ketika pembinaan Province House pada 1811 hingga 1819,” kata ketua ahli arkeologi, April Maclntyre dalam laporan kepada pihak berkuasa.


Tambahnya, beberapa artifak ditemui termasuk pasu seramik serta mangkuk di bahagian atas bilik itu mungkin berasal dari penghujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Semua artifak itu akan diserahkan kepada Muzium Nova Scotia. – Agensi

Kategori