Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MAHA 2018 Iktiraf Wanita...

KEMAMAN - Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengutamakan golongan wanita sempena...

Ziarah Hari Raya Punca...

KUALA LUMPUR - Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dan kemunculan beberapa kluster baharu...

Penguat Kuasa DBKL Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda...

Buaya Gergasi Rentas Semak...

AKSI seekor buaya gergasi yang selamba berjalan merentasi semak samun berjaya dirakam Circle...

Blue Hole Di Sabah, Jadi Syurga Penyelam Skuba

SABAH nampaknya mempunyai tarikan terbaru yang bakal membawa lebih ramai pelancong datang ke negeri di bawah Bayu.

Penemuan tapak selam skuba yang dikenali dengan nama Blue Hole di Terumbu Tingkayu, Lahad Datu, Sabah mungkin tidak disangka oleh sesiapa.

Blue Hole ini dijumpai oleh sekumpulan penyelam skuba termasuklah penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS).

Mereka sedang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari lalu.

Untuk pengetahuan, Blue Hole itu ditemukan dengan dua struktur lubang biru, dianggarkan sedalam 15 meter (45 kaki) ke dasar laut dan ia merupakan penemuan tunggal seumpamanya di Malaysia.

Perjalanan ke Blue Hole itu hanya memakan masa 30 minit menaiki bot laju dari Silam Coast Conservation Area (SCCA) dan kedudukannya berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna.


Jadi, pelancong dari Semporna boleh terus ke kawasan Teluk Darvel ini.

Selain boleh dibuka kepada penyelam sebagai ‘open water’, Blue Hole ini juga boleh dijadikan tapak aktiviti ‘sea walking’ yang cukup terkenal di pulau di Sabah.

Jika Blue Hole ini dipromosikan sebagai tapak selam skuba, ia boleh menjadi tarikan pelancongan hebat sebaris dengan The Great Blue Hole di Belize, Blue Hole Deam di Bahamas dan Dragon Blue Hole di China. – FMT

Kategori