Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Suspek Utama Kes Letupan...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan...

Ketua PKR Sabah Dijangka...

KOTA KINABALU - PKR dijangka membuat keputusan tentang siapakah yang akan menerajui parti...

VIDEO: Lawak.. Pengacara Korea...

ANDA tahu kerusi boleh laras yang anda duduk mengalami kerosakan jika ia tiba-tiba menjadi...

Pekerja Ladang Rentung Dalam...

KINABATANGAN - Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia rentung dalam kebakaran membabitkan...

Budak Derita Sakit Ketumbuhan Misteri Sejak Lahir

GUA MUSANG – Seorang murid darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Chalil di sini menanggung derita penyakit ketumbuhan misteri sejak lahir.

Muhamad Arshad Daniel Halim, 12, atau Daniel mengalami ketumbuhan di bahagian belakang pinggangnya yang semakin membesar dan keluar darah sejak sebulan lalu.

Ibu murid berkenaan, Zariah Wahab, 39, berkata, ketumbuhan sebesar mangkuk seberat lebih 500 gram itu semakin membesar dan menghalang anaknya untuk ke SK Chalil.

Katanya, setiap malam anaknya itu meraung kesakitan dan tidak lena tidur.

“Malam tadi keadaan sakit Daniel amat teruk sekali dan pengsan hampir satu jam bermula pukul 10 malam kerana terlampau sakit serta keluar darah banyak.

“Dalam seminggu hanya dua hari Daniel ke sekolah akibat penyakitnya itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar di sini, hari ini.

Zariah berkata, Daniel adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik dan lebih menyedihkan juga suaminya baru meninggal dunia sebulan lalu.


“Saya sudah kehabisan ikhtiar tentang penyakit menimpa anak dan berharap ada pihak yang datang untuk membantu memulihkan penyakitnya itu.

“Sebelum ini saya sudah merujuk penyakit anak ke beberapa hospital namun doktor tidak dapat mengesan penyakitnya serta tidak mahu menanggung risiko untuk melakukan pembedahan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zariah Wahab di talian 01117800248 atau menyalurkan bantuan ke akaun Maybank miliknya di nombor 503042314686. – K! ONLINE

Kategori