Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Panik! Sang Bedal Muncul...

KLANG - Kampung Padang Jawa di sini menjadi tumpuan sejak petang semalam apabila...

Guan Eng Tikam Belakang,...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan PAS sewaktu Mesyuarat...

Pelanggan Meninggal Dunia Tiba-Tiba...

SEORANG pelanggan berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia secara tiba-tiba dipercayai akibat serangan...

Pengarah JSJ Bukit Aman...

Petaling Jaya : Kenderaan membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri...

CEO Cradle Fund: 2 Remaja Dibebas Dengan Jaminan

SHAH ALAM – Dua remaja yang didakwa dalam kes pembunuhan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun menetapkan beberapa syarat ke atas kedua-dua tertuduh dan wang jaminan dikenakan adalah sebanyak RM50,000 seorang, dengan penjamin mestilah bukan ahli keluarga dan saksi kes.

Dua remaja tersebut adalah kes kedua di mana tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibenarkan dibebas dengan jaminan selepas Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribbu.

Pada 4 Mac lalu, isteri kepada Nazrin, Samirah Muzaffar, 43, didakwa bersama-sama dua remaja yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun atas tuduhan membunuh Allahyarham.

Sebelum itu, pada 22 Februari lalu, polis menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua Allahyarham Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun tahun lalu, dipercayai akibat kebakaran selepas telefon bimbit di dalam biliknya meletup.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikannya semula sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.


Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk menahan reman isteri dan dua anak tirinya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham Nazrin digali semula supaya bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baharu mengenai kematiannya.

Jenazah Allahyarham Nazrin kemudian dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara pada 15 Oktober lalu.

Kategori