Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Kukuh, KDNK...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia akan berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan...

DEMAM bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan...

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Blues Gang Cari Dana...

KUALA LUMPUR - Peminat kumpulan muzik popular era 1980-an, Blues Gang bakal berpeluang...

Ejaan ‘WeChat’ Dalam Kempen Rasmi Dikritik

IPOH – Ejaan yang salah atau tidak lengkap pada kain rentang dan gegantung sempena kempen jimat air kerajaan negeri mengundang kritikan ramai pengguna media sosial.

Pada kain rentang dan gegantung berkenaan ditulis ‘PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT’ atau ‘pengguna bijak sentiasa berjimat’.

Perkataan-perkataan berkenaan menghilangkan huruf-huruf vokal atau ejaannya mirip kepada ejaan singkat yang biasanya digunakan untuk berkomunikasi dalam media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat.

Walaupun maksud perkataan-perkataan berkenaan masih boleh difahami namun ia tetap dikritik oleh pengguna media sosial yang menyifatkan ia merosakkan bahasa.

Terdapat juga pengguna media sosial yang menyindir ‘punyalah suruh orang berjimat sampai tulisan pun dia jimat’ dan ‘berjimat sungguh kerajaan negeri Perak, guna yang perlu sahaja’.


Sementara itu, dalam jawapan awal kepada pihak media hari ini, Pejabat Menteri Besar berkata, ejaan yang terdapat pada gegantung berkenaan adalah gimik kepada kempen jimat air.

“Ia bertujuan menimbulkan kesedaran mengenai kempen jimatkan air,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori