Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Perlu Ada Definisi Jelas...

PUTRAJAYA – Seorang hakim Mahkamah Rayuan mengesyorkan agar Mahkamah Persekutuan mahupun badan perundangan...

Akaun Bank Milik Warga...

PUTRAJAYA - Analisa awal terhadap nombor akaun bank tercatat dalam buku nota yang...

Polis AS Silap Alamat,...

WASHINGTON: Seorang lelaki ditembak mati oleh anggota polis di New Mexico yang tersilap...

Tak Kisah Batang Pendek...

TERBELIAK biji mata tatkala membaca tajuk artikel di sebuah akhbar tempatan kita ni....

Gesa SPRM Sahkan Dokumen Bocor Demi Guan Eng

PRESIDEN MCA, Wee Ka Siong menggesa SPRM mengesahkan kesahihan dokumen yang didakwa kertas siasatan terhadap terowong dasar laut Pulau Pinang yang dimuatnaik di laman penulis kontroversi, Raja Petra Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa penafian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak memadai tanpa pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini kerana dokumen tersebut berkaitan rasuah besar-besaran jika sahih, atau pemalsuan dokumen SPRM jika sebaliknya.

“Raja Petra turut menamakan seorang bekas menteri Barisan Nasional sebagai terlibat dalam perkara ini.

“Jika dokumen-dokumen tersebut palsu, amalan biasa adalah SRPM menafikan kesahihannya secara terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Wee mengulas beberapa artikel dan dokumen yang dikatakan daripada SPRM yang dimuatnaik di laman penulis kontroversi, Raja Petra Kamaruddin mengenai terowong dasar laut Pulau Pinang.

Selain Lim dan seorang bekas menteri BN, beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam artikel itu.


Terdahulu, SPRM mengesahkan 6 kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang dibuka sejak 2017.

SPRM dilaporkan membuat laporan polis mengenai kebocoran dokumen tersebut.

Wee berkata maklumat-maklumat yang disiarkan di laman Raja Petra itu sukar disangkal kerana ia terlalu banyak, sangat terperinci dan tekal.

“Demi Lim, pemimpin DAP lain dan terutama pemimpin BN terbabit, SPRM mesti mengesahkan sama ada dokumen yang bocor itu sahih atau sebaliknya.” – FMT

Kategori