Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Salah Tangkap: Doktor ‘Dikasari’...

SEORANG doktor muda terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila dikejar sepasukan polis elit...

KDN Akan Bincang Keberkesanan...

KANGAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab...

Dengan Payung Ini Dijamin...

LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak...

Alasan Air, Lelaki Ditahan...

Jasin : Terputus bekalan air dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkat. Itu...

Hanya 29 Mangsa Pencemaran Toksik Masih Dirawat

PASIR GUDANG – Jumlah mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini yang masih mendapatkan rawatan di hospital berjumlah seramai 29 pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu berkurang berbanding seramai 120 mangsa, semalam.

Katanya, empat daripada mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

“Setakat pukul 12 tengah malam semalam, seramai 119 mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini telah dibenarkan pulang.

“Sementara itu, kerja pembersihan berjalan lancar dengan keseluruhan jarak sepanjang 1.5 kilometer sungai yang tercemar sudah dibersihkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.


Tambah Dr. Sahruddin, pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan kualiti udara di 42 buah sekolah dalam kawasan radius lima hingga sembilan kilometer dari lokasi bencana.

“Sementara itu, kajian dibuat Jabatan Veterinar mendapati tiada ternakan yang terjejas akibat insiden ini,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori