KEANGKUHAN Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap kedudukan telah masyhur diketahui ramai. Bahkan, kerakusan dan halobanya mengejar kuasa bukan lagi satu rahsia. Segala permainan licik beliau bukan sahaja memijak dan menenggelamkan lawan, malah turut menyingkir jatuhkan rakan taulan.
Ngauman retoriknya sentiasa menerkam baham memangsa sesiapa sahaja demi untuk memenangi persaingan. Segala tatacara, akhlak dan tradisi dilanggar menyondol matlamat ingin diraih rebutnya. Tidak hairanlah jika beliau sanggup membabi buta tuduh melulu dan memalit kebusukan ke pihak yang pernah menolongnya.
Kerana merasa diri sudah cukup kuat dan gagah, maka dipersetankan etika dan moral membuat dakwaan keji. PAS dibelasahnya tanpa kasihan dan pertimbangan adil. Tidak cukup dengan itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dijelikkannya secara nista konon berkawan dengan pencuri.
Apakah pencuri yang kamu maksudkan itu telah terbukti serta didakwa tuduhan atasnya di mahkamah dan dijatuhi hukuman? Bagaimana dengan kamu yang pernah dibuktikan tuduhan di mahkamah dan dihukum penjara? Mengapa bersikap menghakimi di luar institusi sepatutnya secara dwi-standard dan pesimis?
Harap Dato’ Seri Anwar tidak punya penyakit ‘mudah lupa’ bahawa anda pernah merasa tersiksa dianiya dan diaibkan dengan begitu teruk sekali. Kini sendiri hipokrit bergayut di banyak pihak untuk mencapai cita-cita dan agenda peribadi, tanpa sedar membuka pekung sendiri. Ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Adil.
Jika tidakpun, kenangilah masa lampau. “Hei Hadi” kamu sergah itulah yang memahamkan umat; akhlak mendepani tuduhan fitnah. Ahli PASlah yang meramaikan himpunan membela kamu dan bekerja di pilihan raya untuk PKR. Bahkan, akhbar Harakah melebihkan kamu di berbanding para pimpinannya sendiri.
Jangan Dia dan Nabi-Nya hanya menjadi hiasan dibibir manis kamu, tetapi para ulamak dan pendukung perjuangan Islam dirabakkan dengan fitnah dan palitan keji lagi fitnah. Bertakwa dan bersikap adil kerana ketika kamu dipuncak kuasa dahulu pun masih juga terpasung hina. Apa ada jaminan dengan kuasa kini yang belum menentu?
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
27 Februari 2019 – HARAKAHDAILY