Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Masa Untuk PAS Telah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan masa telah tamat untuk Pakatan...

Pemakaian Pelitup Muka Masih...

PETALING JAYA- Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup...

GAMBAR: Tauke Berbadan Sado...

MEMILIKI raut wajah kacak serta mempunyai tubuh badan sasa atau 'sado' sememangnya bonus...

Mayat Hampir Hancur Ditemui...

KUALA BESUT - Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung...

Hollywood Rancang Buat Filem Kehilangan MH370

PADA 8 Mac 2014, seramai 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang, meninggalkan misteri dan kesedihan.

Kini, sempena ulang tahun ke-5 kehilangan pesawat, penumpang dan anak kapal berkenaan, eksekutif Hollywood, Darlene Lieblich Tipton, berazam menerbitkan filem mengenai misteri tragedi berkenaan.

Beliau harap dapat memberi AS$100,000 (kira-kira RM407,400) kepada setiap keluarga penumpang dan anak kapal terlibat apabila mendapat untung daripada filem tersebut.

Bekas eksekutif Fox itu, siap dengan gambar dan rakaman video diambil selepas kehilangan pesawat, melancarkan rancangan projek filem “Malaysia 370” yang didedikasikan kepada tindakan “heroic” penumpang dan anak kapal tersebut.

Beliau merancang menerbitkan filem tersebut melalui biaya ramai atau “crowd funding”.

Menurut kenyataan media Tipton, beliau memulakan kegiatan biaya ramai pada 1 Oktober 2018 dan melabur hampir semua wang peribadinya dalam usaha penerbitan filem tersebut.

“Setakat ini saya sudah kumpulkan lebih AS1.4 juta, iaitu AS$500,000 daripada simpanan pesaraan saya dan bakinya daripada kawan-kawan, keluarga dan penyokong filem terakhir saya ini,” katanya.

Beliau menjangkakan filem tersebut menelan kos antara AS$7.5 juta dan AS$30 juta.

Biaya ramai yang beliau usahakan adalah melalui derma, penjualan siling kenangan dan lagu tema yang dimuat turun.

Katanya, wang daripada jualan, sewa dan edaran Malaysia 370 akan dipeeruntukkan kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal yang terlibat itu.

“Matlamatnya adalah untuk memberi AS$100,000 kepada setiap keluarga dari seluruh hasil AS23,900,000,” menurut kenyataan tersebut.

Tipton berkata, pembikinan awal akan dimulakan secepat mungkin, bergantung kepada bila matlamat pembiayaan orang ramai itu dapat dicapai.


Katanya, temu ramah dengan mereka yang berbakat dan kru akan dimuat naik dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kenyataan tersebut, pengalaman Tipton dalam industri filem menjangkau lebih 4 dekad, termasuk 25 tahun sebagai naib presiden bahagian piawaian dan amalan untuk Fox Cable Networks Group.

Beliau pernah terdedah kepada laporan berita negatif.

Menurut laporan dalam news.com.au, Tipton dikatakan hilang pekerjaan 46 hari selepas kehilangan MH370.

Menurut laporan tersebut, beliau menghubungi Sarah Bajc, rakan penumpang pesawat MH370 bangsa Amerika, Philip Wood, dan mendakwa beliau bersama suaminya, Ken Tipton, mempunyai bukti semua dalam kapal terbang tersebut masih hidup.

Laporan itu juga menyebut, Tipton mengirim emel yang pelik mengenai MH370 dari semasa ke semasa kepada Bajc.

Akhbar United Kingdom, The Daily Star, melaporkan Tipton mendakwa kehilangan Boeing 777 itu dikaitkan dengan pengambilan organ di China.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan media itu, laporan negatif media menggunakan butir-butir yang ada kalanya “memutarkan 180 darjah” daripada apa yang sebenarnya beliau kata. – Agensi

Kategori