Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Beri Alasan Bodoh Tidak...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu meminta rakyat Malaysia...

Ibu 52 Tahun Masih...

SYDNEY – Kebanyakan ibu hanya beri susu badan eksklusif selama 6 bulan atau paling...

KPM Akan Keluarkan Garis...

NILAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan buli di sekolah...

Perak Bakal Bina Lapangan...

IPOH- Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubungperkara itu."Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yag boleh saya...

Hukuman Mati Mandatori 11 Kesalahan Akan Dimansuh

KUALA LUMPUR – Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Ini melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

“Kita telah buat keputusan, kerajaan hanya menghapuskan hukuman mati mandatori sahaja, maknanya kita akan buat pindaan. Itu adalah seperti janji ke 27 dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa sesi soal jawab.

Menjawab soalan tambahan Abdullah sama ada kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen untuk membincangkan secara teliti mengenai pemansuhan hukuman mati sebelum ianya dibentangkan sebagai Rang Undang-undang, Mohamed Hanipa berkata, beliau akan membawa cadangan itu kepada kerajaan.

Pada Oktober 2018, Kabinet memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 33 jenis kesalahan yang merangkumi lapan akta.

Kategori