Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tanggung Bil Lampu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan membayar bil lampu jalan Felda, Felcra dan...

Kedah Hasrat Tambah RTC...

ALOR SETAR - Kedah berhasrat menambah beberapa lagi Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)...

Kecewa Tiada Bantuan Aidilfitri...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa...

Tekong Bot Warga Vietnam...

KUANTAN - Seorang tekong bot warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini...

Inkues Adib: KPKT, Keluarga Fail Afidavit

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan keluarga anggota bomba yang meninggal dunia, Muhammad Adib Mohd. Kassim menfail afidavit bagi membantah permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba itu sementara menunggu pendengaran rayuan.

Afidavit itu difailkan secara berasingan minggu lepas sebagai menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara bagi membantah permohonan jawatankuasa itu untuk menggantung sementara inkues.

Peguam jawatankuasa itu, M. Visvanathan memberitahu panel tiga anggota bahawa beliau menerima afidavit berkenaan pagi ini yang difailkan secara berasingan oleh peguam Kementerian, Syazlin Mansor dan peguam Kamaruzaman A. Wahab.

Beliau memohon mahkamah memberikan masa kepada mereka untuk menfail afidavit balas kerana menurutnya afidavit itu belum pernah berlaku sebelum ini dimana ia difail oleh mereka yang berkepentingan bagi membantah kehadiran pihak yang juga berkepentingan dalam inkues.

Visvanathan berkata, afidavit itu mempersoalkan kedudukan jawatankuasa berkenaan dari segi undang-undang, untuk mengambil bahagian dalam inkues.

Kategori