Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jepun Laksana Sekatan Baharu...

TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini meluluskan sekatan baharu terhadap Korea Utara berhubung ujian...

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella,...

RoS Tolak Permohonan MUDA

SHAH ALAM - Permohonan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) untuk menubuhkan sebuah parti...

Kanak-Kanak Maut Selepas Disambar...

MIRI – Niat memancing serta mandi bersama rakan untuk mengisi masa lapang semasa...

Inkues Adib: “Saya Bertindak Ikut Emosi” – Cik Miera

SHAH ALAM – Pemilik akaun Facebook bernama Cik Miera yang mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen pada Jumaat lalu mengaku tindakannya itu hanyalah mengikut emosi dan perasaan.

Siti Syafika Amira Mohd. Rasani, 27, yang bekerja sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, kenyataannya pada Jumaat lalu di Facebook itu disebabkan percaya bahawa anggota bomba itu dipukul tanpa dia mengetahui fakta sebenar.

Katanya, dia percaya bahawa Muhammad Adib dipukul selepas diberitahu rakan sekerjanya, Muhammad Ashraf Baruji.

“Saya hanya mengikut emosi dan perasaan tanpa mengetahui fakta sebenar.

“Saya emosi kerana percaya Adib dipukul tanpa mengetahui fakta sebenar dan rentetan daripada saksi kehilangan telefon bimbit itu,” katanya.


Menurutnya, kenyataan tersebut hanyalah luahan hati dan emosi dirinya kerana terkesan melihat keluarga, tunang dan rakan-rakan Muhammad Adib yang menunggu sepanjang anggota bomba malang itu dirawat di IJN.

“Saya dengan ini meminta maaf kepada Doktor (Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur) dan semua,” jelasnya. – K! ONLINE

Kategori