Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO : Lawak!! Calon...

TUMPAT (Kelantan) - Seperti diketahui di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor...

Fathia Perlu Fokus Perbaiki...

SEPERTI efek domino, satu persatu musibah melanda kehidupan peribadi dan profesional pelakon cantik...

Guard Hospital Tergamak Cabul...

IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang...

Netizen ‘Frust’ Lelaki Hensem...

MUKA hensem tapi sayang... panjang tangan! Demikian antara luahan netizen yang kecewa apabila...

Jelutong ‘Disekolahkan’ Soal Kesopanan, Kesusilaan

KUALA LUMPUR – Jika ada anugerah Ahli Parlimen yang paling banyak mencelah, RSN Rayer (DAP-Jelutong) tidak syak lagi adalah pemenang.

Jika tidak bangun secara tertib memohon laluan mencelah, suara beliau hampir pasti akan kedengaran setiap kali kerajaan atau DAP disentuh.

Namun ada kalannya, keaktifannya itu seperti menjerat leher apabila bukan sahaja dipatahkan hujanya bahkan bersisiko disekolahkan balik.

Ini seperti yang berlaku ketika perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja pada sidang Dewan Rakyat hari ini sewaktu Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berucap mengritik prestasi kerajaan PH.

Rayer yang diberi laluan mencelah kemudian bertanya Ismail apa pula maksudnya apabila pemimpin UMNO itu dilihat mencium tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ismail hanya tersenyum mendengar sindiran Rayer itu sambil meminta kepada Jelutong supaya bertanya kepada pelajar sekolah di tempat duduk awam mengenai maksud kesopanan dan kesilaan.

“Tanya anak-anak kita Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesususilaan. Yang Berhormat baca? Sebab itu wajib kena baca Rukun Negara, wajib bina paksi negara berdasar Rukun Negara,” katanya.

Ketika hal cium tangan Dr. Mahathir itu dibangkitkan lagi Rayer, Ismail kemudian memulang paku buah keras dengan berkata:

“Dulu macam-macam kata sampai ‘mahafiraun’, sekarang bukan cium tangan tapi berpeluk,” sindir Ismail.


Mohamad Ariff kemudian menghalang Rayer supaya tidak membalas dan sempat menyindir yang beliau terpaksa meminta wakil DAP itu berbahas kali kedua.

Dan apabila beliau tidak diendahkan selepas Ismail menyambung perbahasan, Rayer bangun pula sambil memegang Peraturan Mesyuarat yang automatik perlu didengar hujahnya.

Namun hujahnya di bawah Peraturan 6 mengenai peringatan Ismail supaya kerajaan tidak bertindak ke atas penjawat awam adalah sangkaan jahat nampaknya ditolak begitu sahaja oleh Mohamad Ariff.

“Saya tolak, saya tolaklah. Itu hanya komen,” katanya sekali gus mengundang gelak ketawa dewan apabila mendengar intonasi suara Mohamad Ariff dan melihat gayanya.

Seperti biasa, Rayer tak akan mengalah, ada sahaja akalnya untuk mencelah dan ini sekali lagi mengundang teguran Mohamad Ariff.

“Jelutong pun sila duduk, sebab mengambil masa,” ujarnya sinis. – UTUSAN ONLINE

Kategori