Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Nora Danish Rancang Majlis...

AKHIRNYA khabar gembira yang ditunggu peminat setia Nora Danish menjadi kenyataan apabila pelakon...

Ku Nan Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Ada Golongan B40 Miliki...

KUALA LUMPUR - Kajian sistem subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol (PSP) mendapati...

Pekilang Sokong GST 2.0,...

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong cadangan supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang...

Jualan Bon Samurai Bermula

TOKYO – Malaysia kembali ke Jepun untuk mengumpul dana pertamanya dalam pasaran hutang global sejak pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kembali berkuasa.

Malaysia menjual bon yen bertempoh 10 tahun bernilai 200 bilion yen (AS$1.8 bilion) pada kupon bayaran 0.53 peratus.

Pembiayaan itu mencerminkan bagaimana Jepun kekal menjadi sumber dana murah bagi peminjam asing selepas minat yang ditunjukkan semakin meningkat.

Kupon bayaran itu adalah lebih rendah daripada 0.65 peratus yang diberitahu pada awalnya oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melawat Jepun bulan lalu untuk bertemu pelabur.

Tawaran berkenaan juga datang dengan jaminan oleh Japan Bank of International Cooperation yang dikawal oleh kerajaan Jepun.

Sebelum ini, kebimbangan mengenai hutang dan liabiliti kerajaan Malaysia semakin memuncak.


Tahun lalu, Mahathir berkata jumlah hutang itu lebih tinggi berbanding apa yang didedahkan oleh pentadbiran terdahulu, sebahagiannya disebabkan oleh kerajaan memberikan jaminan kepada syarikat seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang terpalit dengan kontroversi dan tidak mempunyai kemampuan untuk membayar semula hutang.

Dr. Mahathir dikenali di Jepun sejak tempoh pemerintahannya terdahulu sebagai Perdana Menteri yang mahu membentuk hubungan baik dengan negara berkenaan, malah Jepun juga dipilih sebagai negara luar pertama yang dilawati selepas kembali memimpin Malaysia tahun lalu.

Hutang Malaysia diberikan gred pelaburan keempat terendah di Fitch Ratings, S&P Global Ratings dan Moody’s Investor Service dan berada setakuk lebih tinggi iaitu A di Japan’s Rating & Investment Information Inc. – Bloomberg

Kategori