DENGAR sahaja nama kampung ini mungkin akan membuat ramai yang berfikir berulang kali untuk menyebutnya atau tertanya sama ada betul ke bandar ini wujud atau sekadar rekaan semata-mata.
Namun percayalah ia memang wujud di Austria dan dikenali sebagai kampung Fucking.
Kampung Fucking hanya terletak 4km dari sempadan Jerman.
Kampung yang hanya mempunyai 104 orang penduduk dan 32 rumah, dinamakan sempena nama seorang bangsawan tempatan bernama Focko pada abad ke-11.
Penduduk tempatan di kampung itu, sebelum ini tidak pernah menyedari makna nama kampung mereka yang membawa maksud agak teruk dalam bahasa Inggeris.
Dan disebabkan keunikan nama kampung tersebut membuatkan kehadiran pelancong semakin meningkat saban hari hanya untuk bergambar dengan papan tanda tertera nama ‘kampung Fucking’ itu.
Menurut pengurus sebuah rumah tamu, Augustina Lindlbauer kampung Fucking mempunyai banyak tarikan untuk dikunjungi seperti tasik, hutan simpan dan pemandangan namun pelancong hanya ‘obses dengan papan tanda Fucking’.
Augustina juga berkongsi pengalaman bagaimana dia perlu menjelaskan kepada pelancong wanita Inggeris bahawa ‘poskad Fucking’ tidak dijual di kampung tersebut.
Kehidupan di kampung Fucking ini agak tenang dan satu-satunya jenayah yang dilaporkan ialah apabila pelancong mencuri papan tanda nama kampung tersebut.
Dan untuk menggantikan papan tanda tersebut menelan kos sehingga 300 Euro dan ia terpaksa ditanggung oleh penduduk tempatan melalui cukai yang dibayar.
Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung Fucking bercadang untuk menukar nama kampung tersebut melalui undian.
Bagaimanapun Datuk Bandar memilih untuk terus mengekalkan nama kampung Fucking memandangkan ia wujud sejak 800 tahun lalu. – Agensi