Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Kontrak MRT2: Selamatkan...

MEDIA sosial sehari dua ini penuh dengan ulasan, kritikan dan curahan hari berkaitan...

Padah Tak Guna Jejantas,...

GARA-GARA enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar tren komuter KTM berhampiran Stesen Setia...

Sarjan Polis Didakwa Peroleh...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Makanan RMT Tiada Khasiat?...

SESUATU yang mengejutkan apabila murid yang sepatutnya menerima makanan berkhasiat pada awal pagi...

Kemalangan Pergi-Balik Kerja Semakin Serius

KUALA LUMPUR – Saban hari pasti ada berita mangsa kemalangan sama ada yang dalam perjalanan ke tempat kerja atau dari tempat kerja mahu pulang ke rumah.

Kajian yang pernah dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersama universiti awam mendapati 76.9 peratus kemalangan perjalanan ke tempat kerja membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berbanding pemandu kenderaan lain.

Statistik Perkeso itu yang sudah tentunya membimbangkan, malah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye memberitahu ia semakin serius.

“Secara purata, dua orang pekerja maut setiap hari dalam kemalangan sewaktu perjalanan pergi dan balik kerja. Yang menyedihkan, kebanyakannya membabitkan motosikal,” kata beliau dalam wawancara melalui e-mail baru-baru ini.

Kategori