Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tingkat Kerjasama Dengan AS...

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS)...

Mahkamah: Remaja Bebas Daripada...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini Jumaat melepas dan membebaskan seorang remaja lelaki...

Turki Terima Peluru Berpandu...

TURKI akan menerima sistem antipeluru berpandu balistik terkini buatan Rusia pada 2019, pada...

Suami Tanggung Kos IVF,...

SEORANG wanita secara diam-diam telah menukar sperma suaminya dengan sperma kekasihnya semasa menjalani...

Kematian Thaqif Disebabkan Kencing Tikus

JOHOR BAHRU – Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian seorang pelajar Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ), Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, adalah disebabkan komplikasi berkaitan kencing tikus (Leptospirosis).

Hakim Jailani Abd. Rahman turut memutuskan tiada bertanggungan secara jenayah samada dengan perbuatan atau peninggalan terhadap kematian Mohamad Thaqif.

Keputusan inkues dibacakan Jailani yang bersidang sebagai Koroner di hadapan Pengarah Pendakwaan negeri, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin.

Dalam alasan penghakimannya, Jailani berkata, mahkamah memutuskan berdasarkan keterangan saksi inkues ke-11 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr. Mohamad Aznool Haidy Ahsorori.

“Hasil pemeriksaan bedah siasat adalah konsisten dengan Acute Infectious Purpura Fulminans complicating Leptospirosis iaitu penyakit komplikasi berkait dengan kencing tikus dan berpendapat serta berpandangan keterangan saksi (Dr. Mohamad Aznool) wajar.

“Keterangan melalui ibu, ayah dan bapa saudara mengatakan si mati (Mohamad Thaqif) dan beberapa orang sepupu ke sebuah kolam mandi di Jalan Mawai pada 22 atau 23 Mac, tetapi saksi tidak dapat mengingati tarikh sebenar si mati ke kolam berkenaan,” katanya ketika membacakan alasan penghakiman di sini hari ini.


Kosmo! 23 April 2017 melaporkan Mohamad Thaqif hilang kedua­-dua kakinya selepas dipotong hingga ke paras lutut selepas dijangkiti kuman ekoran dipercayai men­jadi mangsa dera oleh warden asrama pusat tahfiz terbabit sejak Januari tahun sama.

Setelah seminggu bertarung nyawa, Mohamad Thaqif menghembus nafas terakhir pada pukul 2.05 petang 26 April 2017 ketika mendapatkan rawatan di Wad Dependensi Tinggi (HWD), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Suspek itu tertuduh ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng pada pukul 4 petang 18 April 2017 bagi membantu siasatan dibawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, 18 Mac 2017. – K! ONLINE

Kategori