Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pantau Barangan Keperluan Asas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan...

Akuarium, Sauna, Bar Dalam...

MONTERREY - Pihak berkuasa menemui sel mewah dengan akuarium, sauna mudah alih dan...

Kes Pelajar Bunuh Diri:...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat tidak terus membuat kesimpulan berhubung kes pelajar...

Sektor Bas Sekolah Perlu...

TANAH MERAH - Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali...

Keputusan Cadangan Tutup Jalan TAR Selasa Depan

KEPUTUSAN berhubung cadangan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada semua kenderaan persendirian akan diumumkan Selasa ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, keputusan akan dibuat selepas menimbang syor dan pandangan daripada masyarakat, termasuk pada perbincangan terakhir bersama 8 wakil peniaga di Jalan TAR hari ini.

“Kami berbincang dengan BARA (Persatuan Peruncit Jalan Batu) dan MIBA (Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India) dan akan memberitahu keputusannya pada Selasa ini.

“Kami membuat keputusan dengan mengambil kira kajian dalam talian dan juga akar umbi, namun kami akan utamakan peniaga akar umbi.

“Buat masa sekarang ia masih 50-50 (antara yang mahu jalan ditutup dengan yang tidak),” katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira 2 jam itu di Menara DBKL 1, hari ini.

Katanya, perbincangan berjalan lancar dan masing-masing mengemukakan cadangan mereka untuk penambahbaikan dan pembangunan di Jalan TAR.


Sebelum ini dilaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu kepada semua kenderaan persendirian kecuali bas awam dan pelancongan bermula 15 Mac ini.

DBKL juga akan memindahkan peniaga bazar Ramadan di kawasan sedia ada ke jalan berkenaan yang dijangka menyediakan kira-kira 250 petak perniagaan.

Kategori