Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Itu Fitnah” – Sufi...

PENYANYI kelahiran Singapura, Sufie Rashid atau mesra disapa Sufi sekali lagi terpalit dengan...

Heboh Satu Sekolah… Ular...

LAGI kes ular masuk sekolah.  Kecoh sebuah sekolah di Labuan apabila mengetahui seekor ular...

Sedia Berdepan Pembangkang Di...

JOHOR BAHRU - Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sedia...

Hotel Terbakar, 18 Maut...

BEIJING - Satu kebakaran yang berlaku di sebuah hotel menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang...

Kerajaan Belum Buat Keputusan Model PDP Pan Borneo

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan penamatan model Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pelaksanaan model projek itu sedang dinilai dan disemak semula daripada pelbagai aspek terutama melibatkan had keupayaan kewangan kerajaan.

“Ini bagi memastikan setiap peruntukan kerajaan itu dapat dioptimumkan sebaik mungkin dan dalam masa sama, tidak mengganggu kelancaran pelaksanaan projek terlibat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu tahu status pelan kerajaan untuk menukar PDP kepada ‘turnkey contractor’ untuk projek Pan Borneo.

Baru berkata, penentuan mengenai hala tuju pelaksanaan lebuh raya itu akan diumum sebaik sahaja kerajaan selesai meneliti dan menimbang mekanisme terbaik berhubung penjimatan yang bakal diperoleh daripada projek itu.

Kategori