Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Budak Pesakit Leukemia Capai...

KEPALA BATAS - Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan,...

BN Yang Bina Kekuatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengukuhan ekonomi Malaysia sekarang yang...

Tinggal Kenangan.. Sejarah Tertubuhnya...

SEPERTI Barisan Nasional (BN) yang menjadi bumbung perpaduan kepada beberapa parti antaranya UMNO, MIC,...

LHDN: Seret Penyangak Cukai...

MEMBACA berita pendedahan eksklusif di Mingguan Malaysia mengenai manipulasi cukai oleh kanglomerat elit di...

Kerajaan Johor Mungkin Beli Legoland

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membeli beberapa aset milik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang ingin dijual di negeri ini, termasuklah taman tema bertaraf antarabangsa, Legoland Malaysia Resort.

Bagaimanapun, cadangan itu bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak, iaitu penjual dan pembeli, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Puah berkata, Khazanah menerusi anak syarikatnya, Iskandar Investment Bhd turut memiliki ekuiti dalam beberapa projek lain di negeri ini, termasuk Medini dan EduCity.

“Peranan utama mereka adalah membangunkan beberapa projek pemangkin di Iskandar Malaysia dan setelah projek itu berjalan, peranan mereka berkurangan,” katanya di luar sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang Khazanah berhasrat menjual Legoland.


Menurut Puah, melepaskan aset adalah perkara biasa dalam penstrukturan semula sesebuah syarikat, namun beliau yakin langkah itu tidak akan menyebabkan operasi Legoland ditutup, walaupun bertukar pemilik.

Kategori