Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cengkerang iPhone 6 Untuk...

KERETA mainan Batman ke tu?Haa nanti dulu, ia sebenarnya adalah cengkerang peranti pintar.Sememangnya pilihan...

Parti Amanah Umum Mahu...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) akan menuntut kepada Mesyuarat Majlis Presiden...

Tian Chua Bebas Sabitan...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini terlepas hukuman penjara...

Marah Betul Budak Ni...

Adatlah, budak sekolah bila dah mula merasa alam percintaan maka sikap caring mereka...

Kertas Siasatan Diserah Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kekecohan di hadapan Universiti Malaya di sini, Jumaat lalu akan dihantar kepada Peguam Negara, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, pihaknya sudah merakam 26 keterangan daripada pihak yang berkaitan.

“Kita juga menerima 11 laporan polis berkaitan kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Peringatan Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan berlaku kekecohan di sebuah restoran di hadapan Universiti Malaya di sini ketika program sembang santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan.

Kekecohan berlaku apabila enam penuntut membuat provokasi ketika program dijalankan sambil memegang plakad tertera perkataan “Najib Tak Malu” dan “Pulangkan Duit Rakyat” selain sebuah plakad karikatur badut yang menyerupai Najib.


Tindakan itu menyebabkan penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar sebelum berlaku kekecohan.

Kategori