Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Harimau Kumbang Serang Anggota...

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak terpaksa menembak seekor harimau...

Motif Jahat Tersirat Stesen...

SAMA ada BERSIH 1 sehinggalah ke BERSIH 4, mereka bertopengkan matlamat kononnya membersihkan...

UMNO Tidak Restui Tindakan...

KUALA LUMPUR - Perbuatan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos...

SPR Diarah Laksana Undi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember...

Ketua Penolong Pengarah ICU, 3 Kontraktor Direman

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM1.2 juta.

Turut direman bagi kes sama ialah tiga kontraktor lelaki berusia antara 34 hingga 43 tahun.

Perintah tahanan reman ke atas semua suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Rashidah Azmi.

Terdahulu, tiga kontraktor tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini kira-kira pukul 9.20 pagi tadi diikuti Ketua Penolong Pengarah ICU kira-kira sejam kemudian.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga emas dipercayai ahli keluarga kepada penjawat awam terbabit bertindak menghalang sekumpulan pengamal media daripada merakamkan gambar wanita itu dengan menendang ke arah pengamal media tersebut.

Tindakan lelaki berusia lingkungan 60-an itu bagaimanapun hanya terkena pada kamera milik jurugambar Utusan Malaysia, Fariz Rusadio dan tidak berlaku sebarang kerosakan pada peralatan tersebut. Individu berkenaan kemudian memohon maaf.

Empat individu berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada petang kelmarin kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu bernilai RM1.2 juta.


Mereka disyaki terlibat dalam membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.2 juta yang melibatkan program-program pelancongan di Pulau Langkawi.

Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut telah dibuat antara tahun 2014 hingga 2016, bagaimanapun ia tidak dilaksanakan.

Difahamkan, penjawat awam yang kini bertugas di ibu pejabat ICU Putrajaya melakukan perbuatan itu ketika bertugas di negeri ini.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahaan keempat-empat suspek berkenaan. – K! ONLINE

Kategori