Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kejayaan V Shem-Wee Kiong...

KUALA LUMPUR - Kejayaan beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong...

Instagram Digodam, Janna Nick...

TAK tahu la nak gambarkan macam mana perasaan bila akaun Instagram yang sudah...

Saling Melengkapi Rahsia Kejayaan...

SERI ISKANDAR - Saling melengkapi antara satu sama lain sejak dari kecil merupakan...

Takrif Miskin Bandar Perlu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengkaji semula takrif atau ukuran pendapatan isi rumah...

Kisah JDT Dalam Program Realiti TV

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja semakin mengukuhkan kedudukan sebagai gergasi bola sepak tanah air, malah terus menjadi pelopor kepada pembaharuan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan juara Liga Super lima musim berturut-turut itu bakal memperkenalkan program realiti televisyen (TV) khas buat peminat mereka.

Antara elemen utama program berkenaan adalah berkongsi kisah-kisah di belakang tabir, selain mengupas isu semasa bola sepak.

Menurut Tunku Ismail, program seperti itu sudah dibuat juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

“Siri realiti TV JDT. Ia bukan lakonan, kami akan memaparkan realiti, untuk peminat.

“Kami juga akan berkongsi kisah dan peristiwa yang tidak pernah diketahui, apa yang sebenarnya berlaku di kelab,” kata Tunku Ismail dalam Twitter.


Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), dalam program berkenaan peminat dapat melihat kisah sebenar di belakang tabir bermula daripada bagaimana perjanjian dimeterai, masalah yang ditangani hingga kepada sesi pemerahan otak atau ‘brainstorming’ pada lewat malam.

“Apa pandangan anda jika JDT FC mempunyai siri realiti TV sendiri? Di belakang tabir. Pemain, jurulatih, akademi, pasukan pemasaran, pengurusan dan…saya sendiri.

“Seperti yang dilakukan Manchester City. Menyiarkan malam yang tidak pernah tidur, kerja, rundingan dengan pemain, pasukan, perancangan, pengurusan dan lain-lain,” tulisnya.

Kategori