Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Syarikat China ‘Paksa’ Pekerja...

BEIJING — Sebuah syarikat China berusaha menggalakkan semua pekerjanya untuk menghormati ibu bapa mereka...

Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati...

PETALING JAYA - Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus...

Zahasmi Mahu TRW Kekalkan...

KOTA BHARU - Kemenangan 4-2 ke atas Perak pada aksi Liga Super di...

Orang Bukan Islam Bebas...

PETALING JAYA - Orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengambil alkohol dan mereka...

KPPPTNB Persoal Notis Pemberhentian CEO TNB

KUALA LUMPUR – Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (KPPPTNB) meminta penjelasan kerajaan mengenai desas-desus mendakwa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Azman Mohd ‘diminta’ untuk melepaskan jawatan.

Presiden KPPPTNB, Osman Alias berkata, berita mengejut diterbitkan oleh dua akhbar pada 13 Mac lalu, meresahkan lebih 16,000 ahli kesatuan, seolah-olah urusan pelantikan tidak dibuat mengikut cara rasmi.

Beliau berkata, KPPPTNB menganggap penggunaan media untuk `memberi notis pemberhentian’ adalah aneh dan menimbulkan pelbagai pertanyaan serta ketidaktentuan dalam kalangan warga TNB.

“Semua tahu Datuk Seri Ir. Azman baru sahaja disambung kontrak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh dua tahun lagi iaitu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2020.

“Bila timbul cerita notis pemberhentian, kita jadi hairan. Seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

KPPPTNB merujuk laporan yang diterbitkan dua akhbar (bukan Utusan) pada 13 Mac lalu, bahawa Azman telah diminta untuk melepaskan jawatannya pada 8 Mac lalu.

Azman dilantik sebagai Presiden dan CEO syarikat utiliti tenaga itu sejak 1 Julai 2012 dan telah berkhidmat selama 36 tahun dalam pelbagai jawatan di dalam TNB.

Osman menambah, pihaknya tidak mempertikaikan perlu atau tidak perubahan pucuk pimpinan tetapi perubahan hendaklah dilaksanakan mengikut standard prosedur dan bukan menerusi media semata-mata.


Selain itu ujar beliau, KPPPTNB amat berharap seandainya benarlah pucuk pimpinan berubah, biarlah penggantinya datang daripada industri elektrik itu sendiri.

“Ini kerana industri eletrik atau utiliti negara adalah industri strategik dan kompleks yang memerlukan tenaga kepakaran orang dalam industri sendiri.

“Tidak sesuailah jika atas agenda tertentu, pucuk pimpinan TNB diletakkan orang dari sektor hartanah atau kewangan, yang dikhuatiri mempunyai pendekatan yang tidak sama seperti diamalkan selama ini,” ujar beliau.

Menurut laporan dua akhbar berkenaan yang memetik ‘sumber’, Pengerusi UEM Edgenta Bhd., Amir Hamzah Azizan dikatakan bakal menggantikan Azman di TNB. Sebelum ini, Ketua Pegawai Strategi dan Kawal Selia TNB, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin dikatakan akan menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan seterusnya sebagai sebahagian daripada pusingan jawatan. – UTUSAN ONLINE

Kategori