Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Eksport Durian Segar...

BENTONG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangkakan proses permohonan untuk mengeskport...

Perkhidmatan Terbaik Untuk Tetamu...

KUALA LUMPUR - Jemaah haji di seluruh dunia pasti menyedari kemajuan pembangunan yang...

Polis Tumpas 2 Kumpulan...

KOTA KINABALU - Polis percaya dapat menumpaskan dua kumpulan pecah rumah berikutan penahanan...

Cerita Sebenar Gambar ‘Kucing...

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar di media sosial memaparkan sekumpulan kucing yang mati...

Lelaki Lari Pemeriksaan Polis Maut Masuk Parit

SIMPANG PULAI – Seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Lahat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa, Teoh Kim Leng, 47, yang memandu kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Toyota Hilux disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota polis sedang melakukan rondaan di Jalan Pasir Puteh.

“Anggota melihat kenderaan yang dipandu mangsa dalam keadaan berbahaya dan mencurigakan sebelum cuba menahannya.

“Bagaimanapun lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, tiba di lokasi kejadian iaitu kira-kira enam kilometer dari pekan Pasir Puteh, kenderaan mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas masuk ke dalam parit.


“Pemeriksaan anggota mendapati pemandu tersebut maut di tempat kejadian.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Kategori