Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nak Kurus Cepat, Jom...

KECANTIKAN dan tubuh badan langsing aktres Korea Selatan sememangnya dikagumi peminat setia mereka. Sebagai...

Moha Group Rai Anak...

SEBAGAI memenuhi tanggungjawab korporat sosial (CSR), Moha Group Sdn. Bhd. tidak pernah gagal...

Tampal Pita Paksa Anak...

DUBAI - Seorang bapa yang cuba memaksa anaknya berhenti menangis bertindak menggunakan pita...

Leka Bermain Di Surau,...

MALANG tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki apabila tangannya patah...

Lelaki Leka ‘Pancing’ Duit Surau Ditangkap Penduduk

KLANG – Tindakan pantas seorang pekerja pembersihan berjaya menangkap seorang pencuri yang leka ‘memancing’ duit di dalam tabung Surau Haji Jangidin, Kampung Haji Alias, Bukit Kapar di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam, ketika Muhammad Fahmi Zulkiflee, 26, baharu ingin menunaikan solat Isyak di surau tersebut selepas pulang bekerja.

Menurut Muhammad Fahmi, sewaktu kejadian dia baru sahaja membuka pintu masjid sebelum mendapati suspek sedang mencuri duit tabung di luar dewan solat utama surau.

Katanya, terkejut dengan kejadian tersebut dia kemudiannya memanggil seorang rakannya yang tinggal kira-kira 50 meter dari surau tersebut.

“Saya dan rakan kemudiannya menjerit ke arah suspek supaya tidak melarikan diri.

“Jeritan itu mengakibatkan suspek terkejut sebelum mengumpul wang yang bersepah di koridor luar dewan solat utama itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online, di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Muhammad Fahmi memberitahu, suspek tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dengan wang yang dicuri lelaki tersebut.

Jelasnya, berdasarkan pemerhatian mendapati suspek menggunakan dawai dan gula-gula getah untuk memancing duit tabung itu.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 37 tahun bersama wang berjumlah RM693 yang dicuri dari tabung surau tersebut.

“Suspek mengalami kecederaan ringan di mata dan telah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Meru di sini.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk dadah,” katanya.

Nurulhuda menegaskan suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Kategori