Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemilihan Tun M Kerana...

KUANTAN - Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mengakui pemilihan Tun Dr...

NBA Denda James Atas...

BINTANG Los Angeles Lakers, LeBron James, didenda ASD15,000 oleh NBA kerana membuat 'gerak...

Pegawai Polis Tarik Balik...

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah, ACP Carleel Mohd...

Pengumuman Agong Lantik Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - Kemelut kepimpinan negara yang sudah seminggu meresahkan pelbagai pihak berakhir...

LGBT: Kerajaan PH Jangan Berdiam Diri

HARI Wanita yang berlangsung semalam telah dicemari dengan sebilangan kecil kumpulan wanita yang berarak di sekitar Kuala Lumpur dengan melaungkan slogan “LGBT” atau nama penuhnya lesbian, gay, bisexual, transgender dengan isyarat akan menyokong dan mendukung gerakan tersebut.

Gerakan yang kononnya memperjuangkan hak wanita itu juga berkumpul di sekitar Sogo serta menerangkan kepada masyarakat akan tujuan demonstrasi tersebut diadakan sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut kerana ianya jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan memberi kesan negatif kepada Malaysia amnya yang majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.

Demonstrasi yang berlangsung dibawah anjuran Sisters In Islam (SIS) itu juga menampakkan golongan liberal yang sekarang ini semakin berani memperjuangkan agenda mereka terutamanya setelah pertukaran kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan.

Selain itu juga peruntukan khas daripada Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh yang memeperuntukkan sebanyak RM30,000 kepada SIS ini amat jelas menunjukkan seolah-olah Kerajaan PH menyokong dan merestui perjuangan mereka ini. DPPWP amat kesal atas peruntukan yang diberikan oleh YB Hanna Yeoh ini dan mendesak agar peruntukan ini ditarik balik.

DPPWP memberi amaran keras kepada golongan SIS ataupun mana-mana gerakan yang cuba mempromosikan budaya barat yang terang-terangan bertentangan dengan Islam kerana ianya boleh membawa kepada kesan ketidakharmonian kaum serta membawa nama buruk Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

DPPWP juga menggesa Kerajaan Pakatan Harapan agar bertindak tegas terhadap golongan yang memperjuangkan LGBT ini kerana ianya dilihat semakin merebak dan amat berani memperomosikan agenda mereka secara terang- terangan tanpa ada rasa segan dan silu.


Jangan sampai ianya terjadi kepada anak cucu kita baru pihak kerajaan tersedar akan perkara ini. Bak kata pepatah melayu, jangan sampai “sudah terhantuk, baru tergadah”.

“Terus Beriltizam Bersama Islam”.

USTAZ MOHD FARKHAN MD ZIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
10 Mac 2019 – HARAKAHDAILY

Kategori