Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Pantai Timur...

PETALING JAYA : Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya...

7 Amalan Kesihatan Paling...

Makan makanan berkhasiat, tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dan bersenam 30 minit sehari:...

Welson Raih Emas Pecahkan...

KUALA LUMPUR – Perenang sensasi Malaysia Welson Sim meraih pingat emas sulung negara...

Bantuan One-off Petugas KKM...

SERDANG - Bayaran ‘one-off’ RM500 kepada 140,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM),...

Mahathir Tegas Bukan Diktator, Kata Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal dakwaan Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri bukan seorang diktator, sebaliknya pemimpin negara yang tegas.

“Saya nak komen menyatakan Dr. Mahathir diktator, itu bukan diktator, itu tegas kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya.

“Pakatan Harapan (PH) yang pilih dia, bukan dia yang lantik diri dia sendiri,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Abdul Hadi, sikap tegas Dr. Mahathir itu penting kerana beliau perlu memimpin barisan Kabinet yang lemah.


“Apa yang penting adalah ketegasan kerana tegas untuk menghadapi ahli Kabinet yang lemah. Itu satu yang perlu,” katanya.

Jumaat lalu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori