KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Ivana Smit sebagai nahas, yang membayangkan model Belanda yang maut 2 tahun lalu dalam satu kemalangan akibat “voluntary risk”.
Koroner, Mahyon Talib ketika membaca penghakiman bertulisnya, berkata tiada individu terbabit dalam kematian Smit.
“Itu sebabnya mahkamah mengklasifikasikan kes ini sebagai nahas.”
Mahyon berpendapat Smit mati antara 5.50 pagi dan 2 petang pada 7 Disember 2017, dan kecederaanya sama dengan jatuh dari satu ketinggian.
“Saya bersetuju dengan Dr. Frank yang kematian berlaku sebelum mayat ditemui di balkoni unit tingkat 6,” katanya merujuk Dr. Frank van de Goot dari Belanda.
Beliau berkata, mayat mula mengalami kekejuran sekitar 10 atau 11 pagi hari itu.
Katanya, lebam di lengan dan belakang leher Smit, serpihan botol kaca pecah di unit tingkat 20 dan DNA Alex Johnson ditemui di bawah kuku jari Smit, mencadangkan kemungkin berlaku perbuatan khianat.
“Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku antara mereka bertiga – Alex, Luna dan Ivana – jadi, mahkamah memutuskan kematian itu sebagai nahas.”
Keputusan itu dibuat berdasarkan fakta itu dan mengikut peruntukan di bawah Akta 593 Kanun Prosedur Jenayah. Tiada unsur jenayah ditemui dalam cara Smit mati.
Peguam, SN Nair berkata, beliau lebih suka ia diklasifikasikan sebagai pembunuhan, tetapi nahas lebih baik daripada bunuh didir atau keputusan terbuka.
Beliau memberitahu yang keputusan hari ini ialah “next best” kerana koroner bersetuju Smit mati dalam pangsapuri itu dan botol epal cider yang dibeli mereka bertiga pada malam sebelum kejadian mungkin dicampur dadah.
Bagaimanapun, katanya, Mahyon tidak dapat menyatakan siapa yang melakukan atau bagaimana mayat Smit boleh muncul di unit kondo tingkat 6.
Katanya, beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada mahu melakukan semakan terhadap penghakiman itu.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah Karin Mossenlechner, Duta Belanda ke Malaysia dan Gerard van Heerwaarde, pegawai perhubungan polis Belanda bagi Malaysia dan rantau ini.
Smit, 18, ditemui dalam keadaan bogel di balkoni unit tingkat 6 Kondominium CapSquare Residence condominium di Jalan Dang Wangi.
Beliau dipercayai jatuh dari sebuah unit di tingkat 20, di mana beliau tinggal bersama Johnson dan isterinya, Luna Almaz.
Pasangan itu mendakwa mengadakan hubungan seks dengan Smit sebelum kematiannya, tetapi menafikan mereka bersalah, sebaliknya menuduh model itu mati akibat “kecuaian muda”.
Mereka dipercayai meninggalkan malaysia dan tidak boleh dipanggil ke inkues itu.
Polis pada awalnya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, inkues diadakan selepas keluarga Smit mendakwa wujud unsur perbuatan khianat dan menyembunyikan fakta.