Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Yakin Mampu...

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk...

Netizen Gesa Polis Siasat...

ORANG ramai hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir...

AADK Perlis Tahan Lapan...

KANGAR - Lapan lelaki ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, setelah didapati...

Pemain Harimau Selatan Bersama...

JOHOR BAHRU : Walaupun sibuk dengan latihan dan perlawanan dalam Liga Malaysia, namun...

Majikan Disyaki Pukul Pekerja Cuci Kereta Hingga Mati

BUTTERWORTH – Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kenderaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) semalam selepas dipercayai dipukul majikannya dalam kejadian di pejabat kedai itu di Taman Chai Leng, Perai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mangsa, S Gehanathan, 38, meninggal dunia jam 11 pagi semalam.

Beliau berkata manga dibawa ke HSJ oleh ambulans pada jam 4.30 petang Selasa selepas majikannya memaklumkan pekerjanya terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kedai mencuci kenderaan milik lelaki tersebut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa mendapati kecederaan dialaminya bukannya disebabkan kemalangan jalan raya,” katanya malam tadi.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan luka di kepala, muka dan lengan dipercayai dipukul dan siasatan di lokasi yang didakwa berlaku kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kesan atau bukti kemalangan.

Nik Ros Azhan berkata pihak polis ke lokasi kedai mencuci kenderaan itu dan siasatan ke atas 7 pekerja termasuk 3 pekerja warga Myanmar mengesahkan mangsa dipukul 3 lelaki termasuk majikannya kerana terdapat perselisihan faham antara mereka.

“Mangsa dikatakan mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mahu menganggu isteri dan keluarga majikannya dan berikutan itu suspek bersama 2 lagi rakannya menarik mangsa masuk ke pejabat kedai tersebut lalu memukulnya hingga pengsan,” katanya.


Majikan itu dikatakan mengarahkan semua pekerja merahsiakan perkara yang terjadi dan meminta mereka untuk mengatakan mangsa terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Katanya, pemeriksan polis di lokasi kejadian menemui percikan darah di dinding bahagian ruang tamu dan sebatang kayu berukuran 0.95 meter, tin cat serta kayu mop lantai dengan kesan darah dan dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Beliau berkata polis menahan majikan mangsa berusia 35 tahun dan seorang lelaki berumur 21 tahun selain sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki berusia 30 tahun dalam membantu siasatan.

“Mayat mangsa akan dibedah siasat esok untuk mengetahui punca sebenar kematian kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Kategori