Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Tambah Tempoh Pindah...

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk menambah tempoh pindah milik tanah pemberian...

PM Najib Kunjung Hormat...

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan...

Gerakan Ragui Kemampuan Kepimpinan...

KOTA BHARU -  Parti Gerakan menyifatkan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan sebagai rapuh dan kemampuannya diragui berikutan DAP selaku parti yang mempunyai bilangan anggota parlimen terbanyak dalam pakatan itu...

Raptai Penuh Hari Kebangsaan...

PUTRAJAYA - Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353...

Malaysia Berang Singapura Calonkan ‘Street Food’ Ke Unesco

SINGAPURA pada Khamis mempertahankan tindakannya mencalonkan makanan jalanannya (street food) untuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai bidaan bagi ‘melindungi’ budaya tempatan selepas berita berkenaan mencetuskan pertikaian di Malaysia.

Negara jiran itu menjadi lokasi bagi kebanyakan medan seleran secara terbuka di mana gerai menyediakan pelbagai sajian seperti nasi ayam, mi dan sate pada harga murah.

Singapura tahun lalu mengumumkan ia akan menamakan budaya penjajanya sebagai warisan kebudayaan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (Unesco).

Jika berjaya, ia akan menyertai senarai lain seperti masakan tradisional Jepun dan bir Belgium.

Bagaimanapun, tindakan itu membangkitkan kemarahan di Malaysia, berikutan makanan jalanan negara ini sama seperti di Singapura, di mana rakyat Malaysia mendakwa ia pada umumnya jauh lebih unggul.

Mengumumkan pencalonan Singapura telah diserahkan secara rasmi pada minggu ini, pegawai kanan Lembaga Warisan Kebangsaan, Yeo Kirk Siang menegaskan bahawa bidaaan itu tidak bertujuan untuk menunjukkan makanan jalanan di Kota Singa itu adalah lebih baik berbanding negara-negara lain.

“Ia bukan mengenai negara-negara yang cuba membuktikan bahawa amalan budaya mereka lebih baik, unik, atau ia berasal dari negara ini,” katanya pada sidang media.


“Pencalonan ini adalah sama ada amalan kebudayaan dinilai oleh masyarakat di dalam negara itu, dan sama ada mereka komited untuk melindungi amalan ini di negara mereka,” katanya.

Pegawai turut berharap bidaan tersebut akan menggalakkan lebih penglibatan generasi muda dalam perniagaan makanan jalanan.

Bagaimanapun, berita bahawa Singapura melangkah ke hadapan dengan pencalonan itu menimbulkan kekecohan di Malaysia.

Seorang pengguna Facebook menulis: “Apabila Singapura sedar ia tidak mempunyai budaya secara bersendirian, ia akan menuntut kepunyaan pihak lain.” – Agensi

Kategori