Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SIC Cari Penaja Baharu...

KUALA LUMPUR - SIC Racing Team akan mendapatkan penaja baharu bagi kategori Moto2...

500 Mangsa Banjir Masih...

IPOH - Sebanyak 538 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di...

Dihanyut Kepala Air Ketika...

TAIPING - Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut...

Satu Calon, Satu Kerusi...

SEREMBAN - Setiap calon Parti Gerakan yang dibenarkan bertanding, akan hanya bertanding satu...

Malaysia-Brunei Meterai MoU Pindah Banduan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menandatangani memorandum persefahaman mengenai pemindahan dan iring kawal banduan dari Sabah dan Sarawak melalui Brunei serta sebaliknya.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Brunei, Awang Abu Bakar Apong menandatangani MoU itu dengan disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad di Perdana Putra, hari ini.

Turut hadir menteri Kabinet kedua-dua negara.

Terdahulu, Sultan Brunei mengadakan pertemuan 4 mata dengan Dr. Mahathir hampir 2 jam bagi membincangkan hubungan dua hala dan isu membabitkan kepentingan bersama, sempena Rundingan Tahunan Ke-22 antara Pemimpin Malaysia dan Brunei.

Jumlah dagangan kedua-dua negara mencapai AS$981.2 juta (RM3.996 bilion) tahun lalu.


Malaysia merupakan pelabur utama Brunei di rantau Asean dengan pelaburan langsung asing dari Malaysia berjumlah AS$486.74 juta (RM1.9 bilion) pada 2017, iaitu hampir 90.9% daripada jumlah FDI dari negara Asean lain di Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia bagi lawatan 2 hari bermula semalam dan dijadualkan menghadiri program bersama pelajar Brunei di Kuala Lumpur, petang ini. – FMT

Kategori