Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Terperangkap Akibat Disumbat...

RAWANG - Gurauan melampau seorang bapa saudaranya menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir...

Sikap Pemandu Bas Ekspres...

KUALA LUMPUR - Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas ekspres...

Ancaman Bom KLCC, Datuk...

MEMETIK laporan akhbar New Straits Times semalam (Ahad), Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur telah...

WhatTheFont, Memudahkan Anda Kenali...

JIKA anda terlihat sebuah tulisan yang cantik di web dan anda ingin mengetahui...

Malaysia Gagal Ke Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus ‘berputih mata’ untuk bergelar juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) buat kali pertama sejak ia mula dianjurkan pada 1983 selepas gagal melangkah ke pentas final edisi ke-28 tahun ini.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan tetapi kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi keempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak sebentar tadi melenyapkan harapan Malaysia ke pentas final.

Enam mata dipungut Malaysia selepas empat perlawanan sudah tidak dapat memintas dua pasukan teratas iaitu India dan Korea Selatan dengan berbaki satu perlawanan, Jumaat ini.

Dua gol Korea Selatan sebentar tadi diperoleh menerusi jaringan padang Lee Namyong dan pukulan sudut penalti Jang Jonghyun pada minit ke-31 serta 35.

Gol tunggal Malaysia dihasilkan menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-46.


Malaysia perlu mengelak daripada tewas kepada Kanada pada aksi terakhir Jumaat ini untuk menjamin tempat beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. – K! ONLINE

Kategori