Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Nazak Selepas Ibu...

BARU berusia lapan bulan, namun si kecil Sun Menghan telah menjalani enam pembedahan...

Kura-Kura Gergasi Miliki Genetik...

QUITO - Kura-kura gergasi Galapagos ada pelbagai genetik yang dikaitkan dengan pemulihan DNA,...

Nora, Nedim Sah Bergelar...

KUALA LUMPUR - Dengan dua kali lafaz, bintang jelita, Nora Danish sah bergelar...

Gadis Kencing Dalam Seluar...

Kita selalu menonton pelbagai ragam manusia terutama ketika mereka ditemubual menerusia siasran secara...

Malaysia, NZ Perkukuh Hubungan Hadapi Terrorisme

KUALA LUMPUR – Berlatar belakangkan peristiwa serangan maut pengganas di Christchurch baru-baru ini, Malaysia dan New Zealand sekata dalam keperluan untuk mengeratkan hubungan demi menentang terrorisme.

Ini adalah hasil rundingan antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan rakan sejawatannya Winston Peters di ibu negara hari ini.

“Kami bersetuju memperkukuh hubungan bilateral dalam menentang durjana terrorisme,” kata Wan Azizah kepada media selepas mesyuarat mereka di bangunan Parlimen di sini.

Serangan ke atas dua masjid semasa solat Jumaat pada 15 Mac itu mengorbankan 50 jiwa, termasuk seorang warga Malaysia belasan tahun. Berpuluh yang lain cedera.

Pada mesyuarat itu, Wan Azizah berkata beliau turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand dan rakyatnya serta semua keluarga mangsa.

Kategori