ASIA’S Got Talent adalah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia.
Mereka perlu mempersembahkan sesuatu yang menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Jika sebelum ini kumpulan ‘NAMA’ dari Malaysia telah memukau penonton dan juri dengan nyanyian acapella berkumpulan, kali ini giliran seorang remaja berusia 15 tahun pula membuatkan juri ‘pening kepala’.
Remaja yang dikenali sebagai Yaashwin Sarawanan, berasal dari Kuala Lumpur mengejutkan juri dengan kehebatannya dalam pengiraan angka tanpa menggunakan kalkulator.
Remaja itu membuatkan David Foster tercengang apabila membuat hitungan dan meminta juri tersebut menggunakan kalkulator bagi menyemak setiap angka yang disebutkan.
Ternyata, pengiraan yang dilakukan tanpa sebarang bantuan adalah tepat.
Malah kesemua juri dibekalkan dengan kalkulator untuk membuktikan kesahihan pengiraan remaja tersebut.
Remaja itu secara tidak langsung telah digelar ‘Manusia Kalkulator’ kerana kehebatannya menghitung dan mencongak angka dengan mudah. – FMT