Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anak Elly Mazlein Dapat...

KEMERIAHAN Aidilfitri lebih dirasai kanak-kanak dan duit raya antara perkara yang membuatkan mereka...

12,500 Sertai Ijtimak Tabligh,...

KUALA LUMPUR - Di sebalik angka 16,000 yang banyak disebut, data rasmi Masjid...

Polis Akan Ambil Tindakan...

KUANTAN - "Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang, kita...

Juruterbang Mogok, Rayani Air...

TIDAK sampai lima bulan operasi, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah Malaysia,  Rayani...

Maszlee Nafi Cuti Sekolah Di Pasir Gudang Perlu Diganti

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan laporan sebuah portal akhbar tempatan semalam yang melaporkan mengenai isu cuti berganti sekolah di Pasir Gudang, Johor semalam.

Tegasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.

“Dalam sidang akhbar berkenaan, saya menjawab, kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah.

“Sehubungan itu, saya memohon pihak Berita Harian untuk lebih berhati-hati supaya ia tidak mengelirukan mereka yang terkesan dengan bencana ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurur Maszlee, pemaklumkan mengenai status cuti berkenaan perlu diganti atau tidak akan diputuskan melalui JPN Johor dan PPD Pasir Gudang.

Terdahulu, portal berita itu semalam melaporkan, Maszlee berkata cuti persekolahan sempena penutupan sementara 111 sekolah di Pasir Gudang akibat pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim perlu diganti.


Beliau berkata penggantian cuti berkenaan perlu dilakukan bagi menghabiskan sukatan atau silibus pembelajaran pelajar yang terjejas.

Katanya, walaupun cuti disebabkan pencemaran gas beracun dan ianya satu bencana, penggantian kelas perlu dilakukan. – K! ONLINE

Kategori