Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerana Anak Patung, Kanak-Kanak...

KANAK-KANAK ini kecewa kerana gagal mendapatkan anak patung dari mesin arked lalu dia...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Muhyiddin Tiba Di Kelantan...

PENGKALAN CHEPA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan...

Pegusaha PKS Digalak Guna...

KOTA BAHARU - Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan menggunakan aplikasi e-dagang...

MB Johor Tidak Serius, Lawat Batam Masa Krisis

KUALA LUMPUR – Hishamuddin Hussein menempelak tindakan Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang membuat lawatan kerja ke Batam, Indonesia ketika penduduk di Pasir Gudang berhadapan dengan krisis pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, tindakan Osman meneruskan lawatan ke negara jiran itu Jumaat lepas menunjukkan beliau tidak serius dan tidak mempunyai kredibiliti dalam menentukan keutamaan pentadbiran beliau dalam menangani masalah yang berlaku di Pasir Gudang.

ā€œItu saya cukup kecewa. Saya terkilan dan terkejut cara kepimpinan kerajaan negeri menangani isu Pasir Gudang dengan mudah dan tidak menunjukkan keseriusan,ā€ katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini keputusan Osman ke Batam dikritik banyak pihak kerana didakwa tidak sesuai dalam keadaan pencemaran toksik masih berlarutan dan bilangan mangsa terus bertambah hingga ke hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Osman berkata, lawatan yang dijadualkan lebih awal selama 3 hari itu dipendekkan kepada kurang 1 hari kerana kepentingan operasi pembersihan yang sedang dijalankan di Pasir Gudang.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihak sekolah boleh mengambil tindakan tegas disebabkan pencemaran tersebut melibatkan pelajar sekolah.


ā€œSaya pernah memegang jawatan menteri pendidikan. Saya tahu sekiranya ada perkara sebegini, menteri boleh buat satu pendirian tegas.

ā€œDalam konteks Kementerian Pertahanan, kita ada pakar kita. Kenapa pakar dalam bidang kimia kita tak digerakkan lebih awal?ā€ soalnya. – FMT

Kategori