Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah...

Saman Zunar Terhadap PDRM,...

KUALA LUMPUR - Kes saman kartunis Zunar terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan...

Kerajaan N.Sembilan Bentang Belanjawan...

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan belanjawan berimbang RM430 juta bagi...

APMM Tahan 4 Nelayan...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat...

Mufti Anggap Tak Salah Rujuk Bukan Islam Sebagai ‘Kafir’

MUFTI Perak, Harussani Zakaria berkata istilah “kafir” bagi merujuk orang bukan Islam masih digunakan di Malaysia dan ia juga ada disebut dalam Al-Quran dan hadis.

Katanya, sekiranya kafir tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam, istilah apa lagi boleh digunakan sebagai ganti.

“Kita selalu sebut orang bukan Islam, kita tak kata kafir, tetapi dalam percakapan, orang bukan Islam (kita panggil) orang kafir.

“Kafir itu maknanya bukan Islam. Kita di Malaysia tiada masalah. Kafir itu bermakna orang menolak Islam,” katanya kepada FMT.

Pada 3 Mac lalu, pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama menggesa penggunaan istilah kafir dihentikan, bagi merujuk golongan bukan Islam dalam isu berkaitan kewarganegaraan atau negara.

Langkah itu diambil mungkin bertujuan meredakan ketegangan antara agama menjelang pilihan raya presiden di Indonesia.

Nahdlatul Ulama yang mempunyai kira-kira 140 juta ahli, menerusi persidangan nasionalnya baru-baru ini berkata, orang bukan Islam tidak perlu dilabel kafir kerana mereka mempunyai kedudukan sama dalam hal ehwal negara.

Setiausaha Lembaga Bahtsul Masail Nahdlatul Ulama Jawa Timur, Ahmad Muntaha berkata, persidangan itu merumuskan orang bukan Islam digelar “muwathin” atau warganegara yang mempunyai hak dan kewajipan sama seperti umat Islam di Indonesia.

Harussani berkata, terpulang kepada Indonesia mahu memanggil orang bukan Islam “muwathin”, tetapi di Malaysia tidak sesuai jika istilah kafir tidak boleh digunakan untuk merujuk orang bukan Islam.

Sementara itu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman senada dengan Harussani.

Istilah kafir, katanya, boleh digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam.

Beliau menyentuh tentang “kafir zimmi” dan “kafir harbi”.

“Istilah kafir itu diguna pakai turum temurun. Kalau tidak mahu sebut kafir boleh sebut zimmi atau harbi.


“Terpulang kepada pemerintah, tak ada lain daripada itu.

“Kita ada istilah yang dipersetujui. Di Malaysia, terpulang… Islam dipanggil ‘Muslim’ dan bukan Islam itu ‘non-Muslim’ atau kafir. Istilah tak wajib digunakan,” katanya.

Istilah kafir zimmi adalah orang bukan Islam yang meminta perlindungan daripada negara Islam dan membayar wang perlindungan.

Manakala, kafir harbi adalah orang bukan Islam yang diperangi umat Islam kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan orang Islam.

Pada 24 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa meminta supaya warganegara bukan Islam tidak dikalasifikasikan sebagai kafir harbi atau kafir zimmi kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak semua kaum.

Mujahid berkata, istilah tersebut tidak sesuai diguna pakai kerana Malaysia bukan negara Islam sepenuhnya.

Pada, Jun 2016, Abdul Rahman pernah dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Kenyataan beliau itu disokong Harussani ketika itu.

DAP, jelas Harussani, memang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. – FMT

Kategori