Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bandar Terkubur Bawah Air...

KEBANYAKAN netizen sudah sedia maklum dan tahu mengenai bandar bawah air yang hilang di...

Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui...

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan sepasang suami...

Tiada Tambahan Hari Tol...

PETALING JAYA - Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma...

Lebih Baik Baca Puisi...

SERIUS... Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara sepatutnya bertegas tolak sebarang bentuk jemputan...

Mungkin Hari Ini Dunia Sedar Pengganas Tak Semestinya Muslim

TENGAHARI tadi, berlaku insiden serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang setakat ini dilaporkan media sebagai mengorbankan 40 orang.

Yup… 40 orang yang tidak buat salah apa sebaliknya hanya berada dalam rumah ibadah untuk beribadat kepada tuhan mereka.

Empat orang ditahan setakat ini dengan pelaku utama adalah lelaki muda dari Australia.

Andai ini merupakan serangan ke atas kuil, gereja atau tokong dan pelakunya beragama Islam, maka dengan pantas label Muslim terorist akan mula digunapakai.

Apa matlamat atau motif serangan akan menjadi isu kedua, tetapi yang pasti label muslim extremists, Muslims terrorist semua akan mula bertebaran.

Semasa pihak Mynewshub menulis rencana ini, belum ada satu pihak di media New Zealand atau Barat yang menggunakan istilah Christian Extremists atau Christian Terorist dalam serangan masjid yang terjadi.

Seolah-olah terorisme adalah ‘hak elsklusif’ orang Islam.

Label yang diberikan kepada penyerang adalah lelaki berhaluan kanan dengan faham ekstremis atau something la yang camtu.

Takda kaitan agama dalam label yang diberikan walaupun yang diserang itu sekumpulan orang Islam yang cintakan kedamaian dan hanya mahu beribadat.


Tidak kisah la apa pun permainan media barat, hari ini dunia mahu atau tidak mahu, cuba menafikan atau tidak, memahami satu perkara:

PENGGANAS TAK SEMESTINYA MUSLIM DAN PENGGANAS TIDAK MENGENAL SESIAPA DALAM MISI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA.

Penulis ingin jelaskan di sini bahawa penulis tidak menerima apa jua tindakan keganasan walaupun ia dilakukan penyerang muslim atas dasar membalas dendam kerana saudara muslim tertentu dilayan dengan buruk di mana-mana penjuru dunia.

Keganasan adalah keganasan. Ia datang dalam banyak bentuk dan rupa.

Dan pasti sekali, dunia mungkin faham hari ini ia tidak semestinya datang sebagai penyerang muslim semata-mata. – Mynewshub.TV

Kategori