Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seludup Migran, Pekerja Pendawaian...

ALOR SETAR ā€“ Seorang pekerja pendawaian dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi di...

Kanak-Kanak Alami Masalah Pemakanan...

BANGKOK - Satu kajian mendapati kanak-kanak yang tinggal di wilayah paling selatan di...

Real Madrid Guna Pesawat...

KELAB bola sepak Sepanyol, Real Madrid akan menghabiskan masa selama 11 hari di...

Kemelut Politik Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata...

Musim Panas Yang Melanda Bawa Rezeki, Rahmat

MUSIM panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini membawa rezeki dan rahmat kepada segelintir pihak, termasuk peniaga yang menyediakan perkhidmatan mencuci karpet di sini.

Pengusaha kedai cuci karpet dan spa kereta di Meru di sini, Ahmad Sahlan Mohammad, 40, berkata bilangan pelanggan yang menghantar karpet dan kusyen ke kedainya meningkat, sejak cuaca panas berbanding waktu biasa.

“Sejak cuaca panas ini pendapatan saya meningkat 20 hingga 30 peratus sehari, kerana cuaca panas mempercepatkan proses pengeringan dan pelanggan tidak perlu menunggu lama,” katanya.

Beliau berkata proses pengeringan karpet pada musim panas mengambil masa sehari hingga dua hari, berbanding tiga hingga empat hari sebelum ini, manakala proses pengeringan kusyen luaran yang kebiasaannya memakan masa dua jam, kini tempoh masanya kurang daripada itu.

“Proses pengeringan pada musim panas ini juga ikut saiz dan ketebalan karpet, kalau nipis mengambil masa sehari, kalau tebal dalam dua hari, manakala kusyen yang dicuci menggunakan kaedah terperinci yang sebelum ini memakan masa empat hari untuk kering, kini hanya dua hari sudah kering sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pengusaha kedai cuci karpet di Bandar Seri Botani di sini, Mohamad Badlisyah Mohamad Rozalli, 38, berkata cuaca panas memberi kelebihan kepada mereka yang mengusahakan perniagaan tersebut, kerana ia mempercepatkan proses pengeringan.

“Musim panas ini sangat bagus untuk pengusaha cuci karpet yang tidak mempunyai mesin pemerah seperti saya, kerana mesin itu membuatkan kelembapan karpet minima dan cepat kering serta tidak perlu jemur di luar, hanya guna suhu bilik sahaja.


“Apabila musim panas ini kami jemur di luar dan mempercepatkan proses pengeringan daripada empat hari kepada dua hari. Dalam sehari saya boleh cuci lapan hingga 10 karpet berbanding sebelum ini hanya empat hingga lima sahaja,” katanya yang telah mengusahakan perniagaan itu selama empat tahun.

Menurut seorang suri rumah, Marlina Osman, 34, kebiasaannya beliau akan menghantar karpet ke kedai untuk dicuci, dan pada musim panas ini beliau tidak melepaskan peluang untuk menghantarnya walaupun perlu menunggu giliran untuk siap.

“Saya tahu musim panas ini ramai yang hantar karpet ke kedai untuk cuci, tapi musim panas ini karpet mesti cepat kering dan pelanggan tak perlu tunggu lama walaupun ramai pelanggan,” katanya.

Kategori