PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Menurutnya, komen pada gambar dia sedang sedang perah susu lembu ketika bercuti di Brisbane, Queensland, Australia awal Mac lalu terpaksa ditutup kerana tidak mahu komen berbaur lucah berlarutan.
“Bagi saya itu satu perkara yang tak perlu dibahaskan sebab itu aktiviti saya sepanjang berada di sana.
“Jadi kenapa tidak saya berkongsi aktiviti saya, malangnya disalah tafsir oleh orang luar dan saya rasa tak patut dipanjangkan lagi.
“Sebab itu saya tutup komen supaya orang tak boleh bercakap, tutup mulut-mulut lucah,” jelasnya.
Sementara itu, penyanyi popular Vroom Vroom dan Pematah Hati yang ditemui pada majlis pelancaran Samsung Galaxy A di W Kuala Lumpur, baru-baru ini, bersyukur kerana masih dipilih dan diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta di tahun kedua.
“Alhamdulillah di tahun kedua ini masih lagi menjadi salah seorang skuad Galaxy A, adanya Haqiem sebagai skuad baharu, lebih meriah?” katanya Samsung ada perancangan lagu khas untuk mereka bertiga. – Sinar Harian