Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SESB Tak Akan Ditutup,...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memberi jaminan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak...

KBS Pantau Proses Pemulihan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau kerja-kerja pemulihan kerosakan...

Pahang Bebas Penyakit H5N1...

KUANTAN - Pahang bebas daripada penyakit selesema burung (H5N1) selepas keputusan ujian ke...

Malaysia Mesti Lebih Bijak...

PAKATAN Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dengan kempen isu penguasaan...

NASA Halang Angkasawan Dedah Penampakan UFO

NASA didakwa mengarahkan angkasawan mereka supaya mengunci mulut dan tidak bercerita sewenang-wenangnya mengenai apa yang disaksikan di angkasa lepas.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang penerbit rancangan di Hollywood, Kevin Burns yang kini sedang membuat siasatan mengenai perkara itu.

“Kami telah menemubual beberapa angkasawan NSA dan mereka yakin ada melihat penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO).

“Mereka bagaimanapun mendakwa ditekan untuk tidak membuka mulut mengenai peristiwa itu.

“Angkasawan Edgar Mitchell juga percaya mengenai UFO, hasil pemerhatian peribadinya,” ujar Kevin.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi turut mempunyai pandangan serupa dengan kevin.


Malah, mereka turut bercerita mengenai seorang penggodam yang menemui imej UFO dalam pangkalan data NASA.

Namun, komputer miliknya didakwa mati secara tiba-tiba sejurus dia mengakses foto berkenaan. – Daily Star

Kategori