APABILA berbicara mengenai tugas-tugas berat dan sukar, ia sering dikaitkan dengan kaum lelaki.
Namun, pentadbir NASA, Jim Bridenstine memberi bayangan bahawa mereka mahu menghantar angkasawan wanita dalam misi mereka ke Marikh dan bulan, tidak lama lagi.
“Individu pertama ke Marikh berkemungkinan adalah wanita.
“Ianya hari-hari yang hebat. Kita akan ada wanita pertama yang berjalan di angkasa, tambah-tambah pula sekarang bulan Mac, bulan Wanita Sedunia,” ujar Jim.
Ujarnya lagi, NASA komited dalam misi untuk mengembangkan bakat mereka tanpa mengira jantina.
Malah katanya, objektif yang ingin dicapai lebih penting dan ia tiada kaitan dengan jantina angkasawan yang dihantar.
Terbaharu, dua angkasawan wanita iaiti Anne MCain dan Christina Koch akan dihantar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
“NASA komited ntuk memastikan bakat-bakat kami ada variasi dan kepelbagaian.
“Kita akan ke bulan dengan teknologi baharu yang inovatif untuk meneroka lebih banyak kawasan di permukaannya,” ujarnya lagi. – Daily Star