Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Chunrong Dilantik CEO Baharu...

SHAH ALAM – DRB-Hicom mengesahkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Proton, Dr....

Pemandu Teksi Maut Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga...

Lelaki Ditembak Cuba Libas...

LUMUT - Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang...

Pelan Kontingensi Air Di...

NIBONG TEBAL : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka mula melaksanakan Pelan...

Nelayan Temui Mayat Bayi Dalam Beg Galas

PERMAISURI – Dua nelayan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di dalam sebuah beg galas yang dihanyutkan di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Zulkifli Mat Deris berkata, nelayan berkenaan memberitahu pada mulanya mereka ternampak beg galas berwana biru yang timbul di tengah sungai itu semasa mereka hendak memasang bubu pada kira-kira pukul 5.00 petang.

Beliau berkata beg itu lalu diambil dan diletakkan di dalam perahu untuk diperiksa.

“Apabila beg galas dibuka, mereka terkejut besar apabila mendapati ada mayat bayi di dalamnya.

Mereka kemudianya membawa mayat itu ke jeti dan menghubungi polis,” katanya.

Zulkifli berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.


Menurutnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau seterusnya memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu untuk tampil membantu siasatan pihak polis.

Kategori